Saturday, October 6, 2007

Gokudo no Sensei (GOKUSEN)

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Ni nak cerita tentang satu cerita Jepang yang baru je saya habis tonton episodnya. Gokusen atau Gokudo no sensei yang bermaksud Cikgu Samseng. Haha...

Ni cerita lama sebenarnya. Tapi, saya baru je tgk baru-baru ni... hehe... Ceritanya berkisar tentang Yamaguci Kumiko yang baru je grad dan menjadi seorang cikgu. Dengan semangat membara Cikgu Yamaguci ni memulakan hari-harinya sebagai seorang guru. Tapi, malangnya dia telah ditugaskan menjadi guru kelas kepada sebuah kelas yang terkenal dengan budak-budak yang bermasalah disiplin. Budak-budak yang masing-masing perangai macam pelesit bak kata orang melayu. hehe.... Semua cikgu takut nak jadi guru kelas kepada kelas ni kerana kesamsengan budak-budak ni. Samseng kunun... ceh! hehe...

Tapi, budak-budak ni tak langsung menakutkan heroin kita Cikgu Yamaguci ni. Cikgu Yamaguci ni sendiri kehidupannya sejak kecik berada dalam lingkungan orang-orang yang jauh lebih ganas daripada budak-budak ni. Mana taknya, Cikgu Yamaguci ni sebenarnya cucu kepada kepala Yakuza. Dalam erti kata lain, Cikgu ni sebenarnya kalau diikut-ikutkan adalah bakal ketua Yakuza generasi ke-4! Haha... nak tau apa yang berlaku kalau yakuza jadi cikgu, plah carik cerita ni di mana-mana. Seronok menonton cerita ni.

Dalam cerita ni banyak pengajaran yang boleh kita pelajari dalam menghadapi kehidupan kita ni. Antaranya adalah mengenai kepercayaan, semangat setiakawan dan banyak lagi di serapkan dalam cerita ni. Dah macam jadi trademark cerita-cerita dari negara matahari terbit ni, mesti ada unsur-unsur motivasi. Memang bersemangat rasa lepas tengok cerita nih. Cuma pada cikgu-cikgu sekalian, semangat-semangat jugak. Tapi, tak perlulah bertumbuk, bertampar pulak semata-mata terpengaruh dengan cerita ni. Bahaya... hehe...

Kaylah, tu jelah ek... Last but not least, arigato pada akak Reen yang jadi suplier cerita ni ek... hehe... season 3 ada tak? cepat ah.. heeee....

5 comments:

Generalhoho said...

ooo.. ni kan ada dlm anime

Miss Reen said...

Uhuks..takper..akak akan donlod citer2 camnie selagi hard disk nie mampu nak menampung ..besh kan?

Arjuna said...

Ha'ah put. dlm anime ada. best gak dia wat lebih kurang je cam anime. hehe...

Arjuna said...

mmg besh citer ni akak. nanti dh donlod jgn lupa promote kat sy ek.. hee...

Anonymous said...

Guru..tugas berat yg sgt mulia,dan bukan semua org mampu lakukannya.. Tahniah krn hari ini anda seorg guru..teringat plak time kecik2 dulu ms kita sesama sek ren kat gemas..cikgu yg paling sy takleh lupa...cikgu Ku Zaharah bt Ku Bulat...ingat lg fikri?klu awak tau dia kat mn dan mcm mn nak contact dia habaq mai na...ntah kenapa teringin sgt jumpa dia :)