Sunday, September 30, 2007

Sista (Cyst) di Ovari?

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Baru-baru ini seorang daripada orang kesayangan saya terpaksa menjalani pembedahan akibat ketumbuhan sista(cyst) di ovari. Kalau ada yang tak tau, sista adalah ketumbuhan berbentuk seperti belon yang mengandungi cecair berupa darah atau cecair berminyak. Kata doktor, kebanyakan cyst pada ovari bersifat benigna yang tidak akan berubah menjadi kanser dan ia turut dikenali sebagai physiological cyst iaitu terjadi ketika kitaran haid seseorang wanita. Kebiasaanya pesakit sista tidak merasakan sebarang simptom. Tapi, bagi sesetengah kes, ada juga simptom-simptom yang dirasai oleh pesakit sista ini. Bagi orang kesayangan saya ini, beliau sering mengadu sakit di bahagian perut, terasa macam keras. Kami pada mulanya beranggapan "Alah.. angin je tu..." tapi, hinggalah satu hari dia jatuh pengsan dan dibawa ke hospital dan mendapati sista itu telah pecah dan itu menyebabkan dia pengsan kerana tak tahan sakit yang dialami itu.

Bagi wanita-wanita di luar sana. Sentiasalah menjalani pemeriksaan kesihatan. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Kaum Adampun kenalah peka dengan hal ni supaya dapat membantu yang tersayang tu. Jadi, di sini saya nak kongsilah serba sedikit mengenai sista di ovari ni untuk tatapan dan iktibar semua. Berikut adalah petikan yang di cedok daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia:

Sista Ovari

Apakah yang dimaksudkan dengan Sista Ovari?

Sista atau ketumbuhan dalam ovari merupakan pembendungan cecair di dalam ovari. Terdapat beberapa jenis sista ovari. Gulungan wanita begitu mengambil berat terhadap sista ini disebabkab kebimbangan mereka kepada kanser ovari. Satu perkara yang perlu diingat bahawa kebanyakan sista ovari ini bukanlah ketumbuhan kanser. Walau bagaimanapun, sebahagian dari sista benigna ini memerlukan rawatan jika ia tidak hilang seperti biasanya. Hanya dalam beberapa kes yang kecil, ia bertukar menjadi kanser. Yang menggembirakan kita ialah hampir semua sista ovari ini akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Oleh kerana kebanyakan dari sista ovari adalah benigna (bukan kanser), kewujudan sista ovari biasanya tidaklah membimbangkan.

Tanda dan Gejala

Lazimnya, sista ovari tidak membahayakan dan tidak menimbulkan gejala. Jika berlaku juga gejala, ia termasuklah:

  • Terasa sesak atau bengkak dalam abdomen Berat badan bertambah. Sakit yang tidak menyucuk dan berlaku berterusan sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah pelvis. Kesakitan semasa melakukan seks Haid tertunda, tidak teratur atau sakit. Semakin banyak timbulnya bulu roma di muka.

  • Terasa sangat sakit yang menyucuk dalam abdomen, demam, dan/atau muntah. Kemungkinan ini disebabkan oleh sista yang berdarah kerana telah pecah atau terpintal/terpusing.

Jenis-jenis sista ovari

  • Sista fungsi - Jenis ini sangat lazim berlaku. Ia dikaitkan dengan kelainan dari fungsi ovari yang normal. Contohnya, ia terbentuk apabila telur cuba dikeluarkan seperti dalam proses pengovulan biasa. Ianya mungkin berlanjutan sehingga 4 atau 6 minggu. Sista ini jarang merembeskan hormon. Sista folikel dan korpus luteum - sista folikel terbentuk apabila folikel yang menghasilkan telur dalam ovari membesar dan dipenuhi cecair. Sista korpus luteum merupakan jisim tisu berwarna kuning yang terbentuk daripada folikel selepas proses pengovulan. Sista jenis ini timbul dan hilang setiap bulan. Ia dikaitkan dengan fungsi normal ovari. Sista yang abnormal atau sista neoplasma - Ia terjadi kesan dari pertumbuhan sel dan kebanyakannya merupakan ketumbuhan benigna. Dalam beberapa kes tertentu, ianya boleh menjadi kanser. Sista yang abnormal ini memerlukan rawatan perubatan dari doktor. Ini termasuklah:
      • Sista dermoid - yang mengandungi pelbagai jenis tisu seperti bahan-bahan lemak, rambut, gigi, serpihan tulang dan tisu rawan.
      • Ovari polisistik - disebabkan oleh timbunan sista-sista kecil yang berganda menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan hormon. Ini akan menyebabkan berlakunya haid yang tidak teratur, timbulnya bulu-bulu roma di badan dan ketaksuburan atau kemandulan

Perkara yang perlu diingat:

Oleh kerana sista ovari biasanya tidak menunjukkan gejala, adalah penting bagi wanita yang pernah mengalami sista di masa yang lalu atau mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidap tumor ovari melakukan pemeriksaan pelvis secara berkala. Wanita yang pernah mengalami sista ovari mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatnya lagi di masa hadapan. Endometriosis mungkin menjadi lebih serius jika berlakunya sista ovari dan peluang anda untuk menjalani oforektomi (pembuangan ovari) adalah lebih tinggi. Dalam beberapa kes tertentu, jika berlakunya sista ovari yang malignan, rawatan awal biasanya memberi lebih jaminan untuk sembuh. Wanita yang mendapat sista ovari selepas putus haid lebih mudah mengalami malignansi.

Beringat untuk mendapatkan nasihat doktor dengan segera jika anda mengalami sebarang rasa sesak, tekanan atau kurang selesa di bahagian pelvis. Lebih cepat sista itu dikesan dan dirawat maka lebih baiklah peluang anda untuk sembuh.

Pengesanan

Anda boleh mengesan sista ovari melalui:

    • Pemeriksaan pelvis di mana doktor dapat merasa saiz ovari dan mengesan sebarang keabnormalan yang wujud. Ultrasound - alat ini menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan gambar atau imej organ dalaman dengan meletakkan satu alat di atas abdomen atau memasukkan alat tertentu ke dalam faraj. Laparaskopi - satu pembedahan kecil yang dilakukan untuk membolehkan doktor melihat struktur dalam abdomen anda.

    • Ujian darah bagi mengesan tumor- ujian ini akan dilakukan jika doktor mensyaki adanya malignansi.

Rawatan

Bergantung kepada:

    • Saiz dan jenis sista. Umur, sama ada anda berada dalam tahun-tahun yang subur atau telah putus haid.. Ingin mendapatkan anak Tahap kesihatan keseluruhannya.

    • Keterukan gejala yang dialami.

Sesetengah sista akan hilang begitu sahaja dalam masa satu hingga dua bulan tanpa dirawat. Jika ianya tidak sembuh, pembedahan mungkin diperlukan untuk membuang sista tersebut. Jika sista itu dapat dikesan lebih awal, ianya hanya mungkin memerlukan pembedahan yang kecil dan sista itu mungkin dibuang tanpa melibatkan ovari. Kadangkalanya ovari perlu dibuang dan pembedahan mungkin melibatkan pengeluaran tiub Fallopian dan juga rahim.

Soalan untuk ditanya

Adakah anda mengalami sakit abdomen yang amat sangat, demam dan muntah-muntah?

JIKA YA

Berjumpalah doktor.


JIKA TIDAK

Adakah anda mengalami gejala-gejala seperti di bawah:

    • Terasa sesak atau bengkak dalam abdomen
    • Haid tertunda, tidak teratur atau sakit
    • Kesakitan semasa melakukan seks
    • Kesakitan yang tidak menyucuk dan berlaku berterusan sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah pelvis.

JIKA YA

Hubungi doktor


JIKA TIDAK

Gunakan rawatan/pengurusan sendiri

PENGURUSAN SENDIRI DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

    • Dapatkan pemeriksaan pelvis secara berkala seperti yang disarankan oleh doktor.

    • Jika mendapat kesakitan yang ringan ambillah ubat penahan sakit.

    • Kurangkan pengambilan kafein.


Review ebook 'Maskahwin Yang Hilang'

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Seperti yang dijanjikan saya akan memberi sedikit ulasan mengenai sebuah buku yang cukup bagus dan praktikal dalam pengurusan kewangan kita. Ebook 'Maskahwin Yang Hilang'.



Ebook ini membincangkan mengenai panduan dalam menguruskan kewangan yang betul. Saya sendiri telah membeli buku ini dan mendapati isi kandungannya memang rasional dan memberi impak yang positif dalam pengurusan kewangan saya. Kebanyakan daripada kita selalu gagal dalam hal-hal pengurusan wang ini. Tengah bulan je garu kepala pening pikir "Manalah perginya duit gaji aku ni ek? kejap je dah abis". Kita sendiri boleh hilang jejak kemana perginya duit gaji kita tu. Tau-tau je dah habis... hehe... Jadi, dalam buku ini memang cukup lengkap dan sekiranya diikuti betul-betul mungkin kita akan berfikir begini pula.." Ish, nak kata gaji aku naik, takdelah pulak. Tapi, duit ni rasa banyaklah pulak..." hehe...

Selain daripada panduan pengurusan kewangan, ada juga di didedahkan tips-tips untuk berjimat dan mengumpul wang hingga berpuluh-puluh ribu. Cara-cara untuk mengawal hutang kita juga ada didedahkan di dalam buku ini.

Tak cukup dengan pengurusan kewangan yang betul, tips-tips mengumpul wang dan cara-cara mengawal hutang, buku ini juga ada mendedahkan beberapa cara bagaimana menambah pendapatan kita.

Akhir kata, buku ini memang SANGAT, SANGAT, SANGAT dicadangkan kepada anda semua di luar sana. Memang berbaloi, memang praktikal dan murahpun murah. Sangat mudah untuk diaplikasikan dan pada saya, ebook ini memang sangat-sangat membantu dalam kehidupan saya. Pendekata, ianya mengubah kehidupan saya kepada yang lebih baik.

Nak tau lebih lanjut, pi lah lawat laman web ini... Maskahwin yang hilang.

Hikmah?

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Dalam entry yang lepas (nama je lepas, taip je hari lain, tapi postnya hari yang sama... hehe..) saya ada menyatakan tentang hikmah bagi setiap yang berlaku pada kita kan? Berikutan pembatalan hasrat saya dan tunang saya untuk bernikah pada hujung tahun ni, saya berasa agak sedih pada mulanya. Tapi, setelah berfikir kembali barulah saya menyedari hikmah disebaliknya. Hal ini membuat saya berfikir bahawa saya mungkin belum bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik. Mungkin saya diberi masa untuk segala persediaan. Bukan mudah untuk menjadi suami ni. Suami mestilah cukup ilmu agama di dada supaya mudah membimbing keluarga kelak. Bukan sekadar tahu tanggungjawab memberi nafkah sahaja. Jadi bersyukurlah saya apabila mendapati saya masih mempunyai masa untuk melengkapi diri dengan ilmu agama yang cukup dan memperbaiki diri supaya mempunyai peribadi seorang suami yang dapat membimbing keluarga ke arah yang betul.

Itu dari segi ilmu agama, bagaimana pula dengan belanja setelah berkeluarga kelak? Rasa-rasanya belanja masa bujang nipun dah cukup menyeksakan. Bak kata orang dah takat idung dah. Lepas tengah bulan je makan megi.. hehe... Aiiii... takkan nak bagi bini makan megi kot. Kalau nak diikutkan memanglah cukup duit nak guna untuk kahwin hujung tahun ni. Tapi, takat tu jelah... duit belanja untuk kegunaan lepas kawin sket je... Sebelum ni dok pikir camna nak buat duit cukup menjelang hujung tahun ni. Terjumpa laman web yang jual ebook tajuknya 'maskahwin yang hilang'... pernah dengar? time tu frust ah sket sebab jupe ebook tu time last-last minute. "Aiseh, kan elok kalu jupe awal ebook nih". Masa tu fikir camtulah sebab memang terus terang kandungan buku tu memang bagus dan sangat-sangat membantu dalam pengurusan kewangan saya. Cuma masa je tak cukup nak applykan betul-betul. Jadi, disinilah wujud rasa syukur sbb masih ada masa untuk applykan memandangkan perkahwinan sayapun ditunda ke tahun depan dengan harapan dapat mengumpul duit bukan sahaja untuk pengurusan perkahwinan, malah untuk kehidupan selapas kahwin juga.

Erm, alang-alang dah sebut pasal ebook 'Maskahwin yang hilang' tu, ni nak celah-celah sikit promote ebook nih pada semua. Bukan apa, dah benda baik.. elok kongsi. mudah-mudahan dapat membantu bakal-bakal pengantin tu mengumpul duit yang cukup. Yang lambat lagi tu pun elok gak baca buku nih sebab ia lebih kepada pengurusan kewangan yang betul. Memang tak rugi beli. Memang praktikan dan mudah ikut kaedah-kaedah yang disyorkan dalam buku tu. Nanti saya post review tentang buku ni ek. Tapi, kalu ada yang tak sabar nak tahu, leh g ke laman web ni je... Maskahwin Yang Hilang

My First Entry

Assalamualaikum, Salam Ramadhan dan Salam Perpaduan,

Semoga seluruh muslimin dan muslimat berada dalam keadaan sejahtera dan bersemangat waja di bulan Ramadhan yang mulia ini. Amiin. Puasa, puasa juga, tapi semangat mestilah sentiasa tiptop. Tak boleh dijadikan puasa sebagai alasan bagi produktiviti diri yang rendah. erm, peringatan untuk diri sendiri dan yang lain-lain...

Di bulan puasa ni, sedih sedikit kerana beberapa hari yang lepas bapa kepada tunang saya telahpun pulang ke rahmatullah. Al-fatihah untuk beliau. Tunang saya pula terpaksa berehat di rumah kerana baru lepas menjalani pembedahan. Kasihan je rasa bila mengenangkan keadaannya. Sudahlah baru menjalani pembedahan, bapa pula meninggal dunia. Akibat daripada pembedahan itu, beliau terpaksa melupakan saja hasrat beliau mengucup dahi bapanya buat kali terakhir sebelum dikebumikan. Sedih bukan? Tapi, itulah hakikat kehidupan ini. Setiap yang sihat pasti akan merasakan sakit dan setiap yang hidup pasti akan menemui ajal masing-masing. Aturan hidup ini tidak sentiasa selari dengan apa yang kita rancangkan. Rancangan kami untuk berkahwin pada hujung tahun ini juga terpaksa di tangguhkan. Masing-masing sudah 'tiada hati' untuk berkahwin untuk masa terdekat ni.

Pasti ramai lagi yang di luar sana mengalami perkara-perkara yang sedih, malah saya pasti ada yang mengalami perkara yang lebih menyayat hati. Namun, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Samada kita menyedarinya ataupun tidak. Hikmah tetap ada di setiap yang berlaku. Sebagai contoh, pembunuhan si comel Nurin Jazlin. (Al-fatihah untuknya). Dalam kesedihan, ibu bapa Nurin di harap dapat menerima kematian anak mereka ini sebagai ketentuan tuhan. Mungkin Allah sengaja mengambil Nurin lebih awal supaya si comel ini menjadi penyambut ibu bapa nya dan dapat membantu menarik ibu bapanya ke syurga. Terimalah dengan redha. Namun itu bukan bermaksud pembunuhnya boleh dimaafkan. Bersama-samalah kita berdoa supaya pembunuhnya dapat diberkas segera dan diberi hukuman yang setimpal.

Begitulah hidup di dunia ini, kita hendaklah sentiasa ingat bahawa setiap yang berlaku itu merupakan ketentuan tuhan dan pasti ada hikmahnya. Janganlah cepat melatah dan hilang pertimbangan. Hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi biar terjadi. Hadapi dengan tenang jiwa, semua akan baik-baik saja. Bila ketetapan tuhan, sudah ditetapkan, tetaplah sudah.
Jadi, selagi kita masih hidup di dunia ini, jalanilah kehidupan ini dengan sebaik mungkin. Hiduplah dengan seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelektual. Lakukanlah segala-galanya dengan bersungguh-sungguh. Belajar sungguh-sungguh. Bekerja sungguh-sungguh. Bermain bersungguh-sungguh. Hidup ceria dan sihat amalan kita.

Setakat ini sajalah entri pertama saya sebagai salam pengenalan dan buat tatapan kita semua semoga dapat dijadikan muhasabah diri kita. Akhir kata saya sertakan lirik bagi nasyid yang bertajuk Menanti di alam barzakh nyanyian Far East buat tatapan kita semua. Wassalam.

Menanti Di Barzakh

Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata