Monday, October 22, 2007

Okaylah... last one... hehe...

Erm, ni satu lagi lagu dari uncle nih... huahuahua.. suke plak... heee...

One more....

Satu lagi lagi lagu melayu yang uncle ni nyanyi... hehe...

Just For Fun.... ENJOY! Hehehe...

Best gak uncle ni nyanyi lagu Getaran Jiwa.. Hehe...

P.s: jangan lupa stop dulu player imeem kat bawah ni ek...


Tuesday, October 16, 2007

Hukuman atau Hikmah?

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Pertama-tamanya SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada sahabat-sahabat muslim sekalian. Semoga sambutan aidilfitri ini tidaklah sampai mengurangkan pahala puasa kita di bulan Ramadhan yang lalu ye...

Kita selalu aje diserang dengan macam-macam penyakit kan? dan tiap kali kita diserang, tiap kali itulah kita selalu je mengeluh. Mana ada sakit yang selesa, tak kira apapun jenis penyakit tu, mesti sedikit sebanyak mengganggu aktiviti harian kita. Selanjutnya kita yang rasa terganggu ni mulalah membebel tak tentu pasal marahkan sakit tu pulak. Soalan yang kawan2 masa sekolah dulu slalu tanya, marah pada sapa tu sebenarnya?! katakan selesema, marah pada hingus? pada idung? nak marah benda tu buat apa, bukannya dia tau apa2.. kalau kita tanam pokok, ada pulak tangan yang menggatal patahkan ranting pokok kita tu, marahlah pada org yang patahkan tu... so, kalau dapat sakit tu, marahla pada yang memberi sakit tu. Sapa pulak yang beri sakit tu? Berani ko nak marah?! Ha! fikirkanlah sendiri yo...

Selalu omak posan, slalu ayah posan, selalu ustad posan, selalu kawan2 posan, bila kita di timpa sakit tu, janganlah cepat melatah... sabar dan tabahlah hadapinya... Semua tu adalah ketentuan dari Allah kepada kita, umatnya... DIA nak tengok macamana kita hadapinya... Ujian tuhan ni ada dua, satu masa sihat, satu lagi masa sakit... Adalah hikmahnya tu disebalik apa yang berlaku... Allah tukan Maha Mengetahui... Dia lagi tau apa yg baik untuk kita..

Bagi tujuan renungan di sini saya copy-n-pastekan ((copy n paste jelah yo.. den ni bukan pandaipun ngan ilmu agama ni)) dalil-dalil yang membicarakan soal hikmah di sebalik dugaan tuhan ni:

Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abdullah bin Mas'ud berkata, Rasulullah bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpa sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)

Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi berkata, bahawa kedua-duanya masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu pagi ini?" Dia menjawab: "Aku berada dalam keadaan baik." Syaddad berkata kepadanya: "Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “Apabila Aku menguji seseorang daripada hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya dia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa dia dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala kesalahan', dan Allah berfirman kepada malaikat penulis amal orang itu: “Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) ketika dia berkeadaan sihat." (Imam Ahmad)

Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Jangan sekali-kali seseorang kamu bercita-cita hendakkan mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah dia memohon dengan berkata: 'Ya Tuhanku, hidupkan aku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat-sahabat, rakan-rakan, dan kekasih-kekasih hatiku sekalian, hadapilah kesakitan yang menimpa kita dengan penuh sabar. Kita diberikan sakit bukan kerana dibenci Allah, tetapi kerana kita disayangiNya. Lagi besar sakit tu, lagi sayang DIA pada kita. Mana taknya, DIA nak bagi kita peluang kurangkan dosa. Pada saya, orang-orang yang tak pernah sakitlah yang patut risau sebenarnya. Tau kan kenapa saya berkata begitu?

Saturday, October 6, 2007

Gokudo no Sensei (GOKUSEN)

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Ni nak cerita tentang satu cerita Jepang yang baru je saya habis tonton episodnya. Gokusen atau Gokudo no sensei yang bermaksud Cikgu Samseng. Haha...

Ni cerita lama sebenarnya. Tapi, saya baru je tgk baru-baru ni... hehe... Ceritanya berkisar tentang Yamaguci Kumiko yang baru je grad dan menjadi seorang cikgu. Dengan semangat membara Cikgu Yamaguci ni memulakan hari-harinya sebagai seorang guru. Tapi, malangnya dia telah ditugaskan menjadi guru kelas kepada sebuah kelas yang terkenal dengan budak-budak yang bermasalah disiplin. Budak-budak yang masing-masing perangai macam pelesit bak kata orang melayu. hehe.... Semua cikgu takut nak jadi guru kelas kepada kelas ni kerana kesamsengan budak-budak ni. Samseng kunun... ceh! hehe...

Tapi, budak-budak ni tak langsung menakutkan heroin kita Cikgu Yamaguci ni. Cikgu Yamaguci ni sendiri kehidupannya sejak kecik berada dalam lingkungan orang-orang yang jauh lebih ganas daripada budak-budak ni. Mana taknya, Cikgu Yamaguci ni sebenarnya cucu kepada kepala Yakuza. Dalam erti kata lain, Cikgu ni sebenarnya kalau diikut-ikutkan adalah bakal ketua Yakuza generasi ke-4! Haha... nak tau apa yang berlaku kalau yakuza jadi cikgu, plah carik cerita ni di mana-mana. Seronok menonton cerita ni.

Dalam cerita ni banyak pengajaran yang boleh kita pelajari dalam menghadapi kehidupan kita ni. Antaranya adalah mengenai kepercayaan, semangat setiakawan dan banyak lagi di serapkan dalam cerita ni. Dah macam jadi trademark cerita-cerita dari negara matahari terbit ni, mesti ada unsur-unsur motivasi. Memang bersemangat rasa lepas tengok cerita nih. Cuma pada cikgu-cikgu sekalian, semangat-semangat jugak. Tapi, tak perlulah bertumbuk, bertampar pulak semata-mata terpengaruh dengan cerita ni. Bahaya... hehe...

Kaylah, tu jelah ek... Last but not least, arigato pada akak Reen yang jadi suplier cerita ni ek... hehe... season 3 ada tak? cepat ah.. heeee....

Friday, October 5, 2007

Dialog orang bercinta

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Lately ramai pulak yang berceritakan kisah cinta diorg pada saya. Ada yang cerita direct, ada yang cerita secara tak langsung. Tak tau nape. Musim ke? Jadi, hari ni saya nak kongsi email yang pernah diforward kepada saya oleh kengkawan saya. Dialog orang yang bercinta. Hahaha!!! Memang kelakar.... Tapi, kalau rasa tak kelakar tu korang buat-buat kelakar jelah ek.... amik hati... hehe.....

Have Fun!!!

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku.Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.


Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya dengan 6x10'23.

Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugakk yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.


Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........

Thursday, October 4, 2007

Argh!!! Stresss!!! Relaks.. Cuba ni...

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Minggu lepas kan kat tempat kerja, ramai yang berasa tertekan sebab banyak yang berlaku minggu lepas. Udahlah dengan kerja harian yang melambak, tambah lagi dengan perkara-perkara yang tiba-tiba berlaku. Bila dah tertekan tu mulalah muka masing-masing masam je macam baru lepas makan cuka. Nak kata diorang makan cuka, takkan kot, tak puasa ke? hehe.... Tempat kerja tu bukannya besar, kecik je. Jadi, bila dah muka masam macam tu, mulalah secara tak langsung beri kesan pada emosi rakan sekerja yang lain. Yang takde kena mengenapun tak pasal-pasal rasa tertekan. Tapi, tak tau sebab apa. Tau-tau je diri sendiripun dah rasa tertekan. Buat apapun rasa serba tak kena.

So, dalam post kali ni, saya nak kongsi satu satu ubat yang mujarab bagi perasaan tertekan ni. Saya tak tau dapat dari mana artikel ni. Dok selongkar-selongkar hard disk lama terjumpa plak dokumen ni. Ia dalam bahasa Inggeris, tapi saya bagi dalam bahasa melayu jelah ek.

Erm, apakah ubat yang mujarab tu?

PERNAFASAN PERUT.

Pernafasan perut ni dapat membantu kita mencapai ketenangan secara psikologi dan dapat meneutralkan kesan negatif yang terhasil daripada tekanan.

Macam mana nak buat?

Ada 3 cara nak buat:

1) Cara yang pertama: Baring dan letakkan sebuah buku kat atas perut. Dalam keadaan yang tenang, tarik nafas dalam-dalam sehingga ke bahagian perut supaya
buku tu naik, kemudian lepaskan nafas dan buku itu akan turun
bersama-sama perut anda yang comel itu... hehe... Pernafasan ini bukan sahaja membawa udara ke bahagian atas dada seperti yang selalu dilakukan, tetapi juga terus ke bahagian bawah paru-paru.

2) Cara yang kedua : Duduk tegak-tegak, letakkan tangan kanan di perut dan tangan kiri di dada. Tarik nafas dalam-dalam supaya tangan kanan anda bergerak ke hadapan dan ke belakang selari dengan pernafasan anda dan tangan kiri pula tidak bergerak. Tarik nafas dengan menggunakan hidung dan lepaskan nafas menggunakan hidung atau mulut dan rasakan betapa nikmatnya pernafasan perut ini.

3) Cara yag ketiga : Letakkan jam di depan anda atau pegang sahaja jam tersebut. Tarik nafas dalam-dalam, perlahan-lahan, penuhi ruang abdomen anda dengan udara dalam kiraan 5 saat. Kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan dalam kiraan 5 saat juga.

Lakukan pernafasan perut ini pada bila-bila masa. Masa nak tidur, bangun tidur atau bila-bila masa terasa tertekan tu buatlah.

OKlah, itu sahaja. Semoga hari-hari anda dan saya sentiasa ceria dan menyeronokkan.

Wednesday, October 3, 2007

Affiliate Program

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Apa khabar korang? Semoga sihat sejahteralah di bulan Ramadhan yang mulia ni ye.

Erm, kali ni saya nak cerita sikit tentang program affiliate yang saya janjikan nak ceritakan tu. Post ni hanya untuk yang newbie macam saya ni aje ye. Kepada yang dah expert tu, harap-harap bolehlah buat amal sikit tegur-tegur atau tambah-tambah sikit mana yang patut ek.

OK, apa itu program affiliate?

Wikipedia kata :

Affiliate marketing is a method of promoting web business (merchants/advertisers) in which an affiliate (publisher) is rewarded for every visitor, subscriber, customer, and/or sale provided through his/her efforts.

Maknanya, program affiliate ni adalah satu cara penjual mempromosikan barang-barang jualan diorang. Iaitu dengan memberi komisen kepada ahli-ahli yang berdafar di bawah program affiliate mereka sekiranya mereka dapat membawa pengguna membeli barang mereka.

Program affiliate ni cukup mudah untuk disertai. Ada program yang percuma dan ada program yang berbayar. Tapi, bagi kita yang baru ni eloklah sertai yang percuma aje dulu. Untung apa? tak perlu keluar modalpun boleh dapat income. Jadi, secara tak langsung kita dapat lihat kelebihannya, iaitu tak perlu menanggung risiko. Mana nak ada risikonya, duit tak keluar sesen pun. Promote barang orang lain, orang beli, dapat komisen. Apa lagi kelebihannya? Tak perlu jumpa orang, tak perlu habiskan masa yang banyak, tak perlu kemahiran yang luarbiasa dan tak perlu simpan stok. Apa yang perlu kita buat cuma ada tiga je. Yang pertama, PROMOSI, yang kedua PROMOSI dan yang ketiga PROMOSI. Apa punya gediklah, kata tiga tapi benda yang sama... hehe... yelah, promosikan ada banyak cara. Tapi, saya kategorikan kepada dua, cara ONLINE dan cara OFFLINE. Cara ONLINE tu pula boleh di kategorikan kepada dua, BERBAYAR dan PERCUMA. Kan ke dah jadi tiga tu... hehe....

Kalau nak tau lebih lanjut tentang kaedah-kaedah promosi ni, meh klik kat sini dan dapatkan ebook yang cukup lengkap ni. Tak rugi anda beli, sayapun dah beli dah. Nak tulis isi kandungan dia kat sini nanti takut jadi isu copyright pula. hehe...

Kalau ada nak tanya apa-apa, email je pada saya kay. Kalau dapat jawab, saya jawab. Kalu tak dapat jawab saya tanya pada yang tau. Dan kalau mahu ebook tu dalam bentuk buku bagitahu saya. Harga dia mahal sikitlah daripada yang kat laman web yang saya bagi tu. hehe...

Kay, itu sahajalah rasanya. Ada masa lagi saya post apa-apa info yang menarik ek.

Duit Sampingan melalui Internet?

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Hari ni baru je baca satu ebook tentang nak nak cari duit sampingan melalui internet. Sebelum ni memang ada buat jual-jual barang kat internet. Jual kat lelong.com.my. Tapi, cara kecil-kecilan jelah. Bukan untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan, tapi lebih kurang sebagai hobi. hehe... Memang seronok bila duit masuk dan tengok keuntungan yang kita dapat daripada jual barang kat situ. Kadang-kandang terfikir gak nak cuba buat benda ni dengan serius. Cuma tak reti mana nak cari produk. Nak-nak lagi saya ni takde transport, so pergerakan agak terbataslah.... takleh g jauh... hehe... Tp, lepas terbaca ebook tu, baru saya tau, banyak cara rupanya nak cari duit kat internet nih. Tulis ebook dan jualpun salah satu daripadanya. Tapi, nak tulis ebook kenalah tulis benda-benda yang orang nak baca. Isi kena POWER. Kalu setakat tulis tentang cara menggoreng ikan, sampai bilalah takde sape yang nak beli. (Eh, ke ada? hehe....). Selain tu, boleh juga jual servis. Macam buat laman web ke, edit gambar-gambar digital ke, buat poster ke dan macam-macam lagilah. Kepada yang ada kemahiran tu memang boleh buat duit. Satu projek tu boleh dapat ratus-ratus tu. Saya ni setakat tau sikit-sikit je. Setakat buat laman web simple bolehla, tp kalu nak dijadikan bisnes, mesti awal-awal lagi dah kena rejct ngan client. hehe...

Dalam banyak-banyaktu adalah satu dua yang buat saya tertarik. Antaranya affiliate programs dan adsense. Dua-dua ni pernah dengar, tapi camtu-camtu jelah. Tak amik pusingpun. Tapi, lepas baca ebook ni, terbukalah sikit minda ni. Rupa-rupanya memang bleh jadi salah satu aliran pendapatan kita. Sekarang ni tengah nak belajar. Buat blog ni pun antara proses belajarlah ni. Nanti dah pandai sikit bolehla buat blog atau web page tentang business pulak. Dalam pada belajar tu, ebook ni dah ajar dah langkah-langkah awal nak sertai perniagaan berbentuk program affiliate nih. Kiranya, start sekarang ni dah boleh start dah walaupun masih/ baru nak belajar. Mudah-mudahan boleh dapat hasilnya dalam sebulan dua. Tak berani nak letak target dalam masa terdekat ni. Masih banyak yang tak tahu dan perlu dipelajari. Tapi tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan? Kot-kot tak sampai sebulan dah dpt hasil... Alhamdulillah lah kan.... hehe...

Mungkin ada kawan-kawan yang sama macam saya tak tahupun boleh buat duit sampingan melalui program affiliate nih. Takpe-takpe, nanti saya post tajuk baru untuk menerangkan apa itu program affiliate kay. Saya ni baru belajar, salah silap harap di maafkanlah ye. Jadi, kalu rasa nak dapat pengajaran yang lebih bagus daripada profesional, saya cadangkan klik kat sini dan dapatkan ebook yang dapat membantu korang semua menambah pendapatan dengan cara mudah. Betul, tak tipu! Jangan risau, takde kaitan dengan pelaburan haram, MLM, tak perlu cari orang, tak perlu kemahiran komputer tahap dewa, tak perlu keluar modal besar dan tak perlu bercakap atau jumpa sesiapapun! Saya jamin korang tak akan rugi membacanya. Bukan itu sahaja, korang jugak boleh menjana RM 20 melalui ebook ini. Bacalah!