Sunday, March 2, 2008

TENTANG CINTA

Ari ni p klcc tgk wayang cerita TENTANG CINTA. Haha... jgn tak caye... girl punye pasal, belasah jelah... sblm apa2 meh cerita sket sinopsis citer ni.

Alkisahlah seorg gadis yg bernama shereennn.... thoibbb... (eceh... tertiru citer P. Ramlee plak....hehe... ) kekasihnya, ray mati akibat diserang kanser... dah bertunang n dah nak kawen dah...
mana tau blom sempat pakai baju pengantin al-marhumlah si ray ni... si shereen ni punyalah sedih, sampai mengasingkan diri kat satu kawasan... tinggal berdua ngan sepupu dia je... nak dijadikan cerita, berjumpalah pulak dia dgn si van. Ntah mcmana jadi pulak hubungan diorg ni.... lalu berpacaranlah mereka. Baru saja bunga cinta nak mekar, terjumpa plak ray dgn bekas tunangnya dulu. Dulu, tunangnya ini yg bernama audy melarikan diri kununnya bersama seorang lelaki yang jauh lebih baik darinya. Namun rupa-rupanya dia mengidap kanser dan hal ini diketahui oleh Van. Ini menjadikan Van serba salah kerana di kala ini dia telahpun bercinta dengan Shereen. Van mencintai keduanya, namun dia tahu bahawa dia tidak boleh menerima kedua2nya. Cinta ini kekadang tak adil n cinta adalah satu perkara yg sukar untuk dibuat pilihan.

Okey, begitulah serba sedikit sinopsis ceritanya... apapun, cerita ni secara keseluruhannya sangaaaaatlah memboringkan.... tapi, cerita ini buat diri ini terfikir ttg kehidupan kita ini. Bagaimana sekiranya kita tahu org yg kita syg sedang menunggu masa utk meninggalkan kita. Macamana kalau kita tahu org yg kita cinta mengidap penyakit yg tak dapat diubati. Macamana kalau kita dapat tahu bahawa org yang sangat penting kepada kita tidak akan bersama kita lagi. Rasa2nya dapat tak kita menghadapi hari-hari terakhir bersama dia dengan hati yg tabah. Dapat tak kita menerimanya dengan fikiran yang waras. Atau dapat tak kita menjalani hidup kita secara normal.

Beginilah kehidupan, terdapat pelbagai perkara yang di luar jangkaan kita. Seharusnya kita mempersiapkan diri dengan perkara-perkara yang bakal meruntun jiwa, menyentap hati. Kadang-kadang kita dah rasa kita cukup kuat n cukup bersedia, tapi bila betul2 berlaku. segala2nya hancur. Ketabahan yang dilatih selama ini musnah, kekuatan yg dibanggakan dulu hilang entah ke mana...

Aiseh... maafkan hamba sekiranya hamba agak emosional... hehe... tapi, inilah hakikat kehidupan sebenar...

...CINTA ITU TIDAK BUTA, TETAPI IA MEMAHAMI...

1 comment:

Miss Reen said...

Wor...tgk wayang tak ajak!
Huwaaaaaaaaaaaa