Tuesday, April 1, 2008

*** Manusia Oh Manusia ***

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

hari ni terasa lapang berbanding hari-hari sebelum ni. tapi, bulan lepas adalah bulan yang memberi seribu satu perasaan. tekanan jiwa, gembira, sedih, marah, bengong, bengang, blur, sangap, dan macam-macam perasaan dapat dirasa sepanjang bulan mac ni. entah kenapa banyak plak drama sadis, aksi yang mendebarkan dan cerita yang membengangkan berlaku di sekeliling aku. kadang-kadang rasa macam orang gila pun ada jugak. mana taknya, kadang-kadang marah, kadang-kadang sedih, kadang-kadang hepi, kadang-kdang bengong.. tak ke gila namanya tu.. huhuhu....

kalau dah namanya manusia memang macam-macam ragam kita bleh tengok. cukuplah sebulan, kita dah boleh tau orgnya macamana. ada yang lucu, ada yang serius bangat, ada yang menjengkelkan dan kalau nak disebutkan semuanya memang tak mampu. ada sesetengah manusia ni, suka sangat bermuka-muka. eh! masakan tak bermuka-muka? kalau tak bermuka-muka, macamana nak berjaya dalam hidup ni? betul tak? lantak korangla... pandai-pandailah fikir sendiri. nak bermuka-muka suka hati korangla, tapi, jangalah sampai menjatuhkan air muka org lain... janganlah naik ke puncak dengan memijak kepala member kita sendiri. gunalah jejantas yang telah disediakan, tangga ada gunalah. takpun, eskalator n lif pun ada.... gunalah jalan yang betul. jangan lah sebab nak buat shortcut, sanggup runtuhkan rumah orang lain semata-mata nakkan tanah dia tu. apa daa...

ada lagi sejenis manusia yang dah rasa dirinya duduk kat kondominium yang tinggi, dah mula pandang lain kat orang-orang yang dok kat umah-umah teres kat bawah. walhal, diapun dulu pernah gak dok kat situ. dah duduk kat umah mewah tu, mulalah rasa orang-orang yang sederhana ni tak perlu diberi perhatian. kat pak guard, dia baik, kat pembantu rumah, dia baik, kat pengangkut sampah, dia baik... pendek kata kat sape2 yang ada kepentingan pada dia, dia baiklah... padahal orang-orang ni sama jgk tinggal kat rumah teres bawah2 tu dengan yang lain2... dia tak tau, yang pakcik dok kat blakang umah dia tu dok keje kat tenaga nasional, tempat yang bagi rumah dia tenaga untuk terang, budak bujang sebelah umah pakcik tu pulak keje kat bekalan air, tempat yg bekalkan air bersih ke rumah dia. tapi, kenapa tak dilayan baik macam yang lain2 tu? sebabnya mudah aje... yg lain2 tu nampak kejenya di mata dia, tapi, pakcik n budak bujang tu x nampak di matanya masa buat keje. nak2 lagi, lepas buat keje pakcik tu n budak bujang tu tros masuk umah n takde la melaporkan kat dia apa yang diorang buat ari tu. yang pak guard tu tiap2 hari tegur dia time dia kuar umah. pembantu rumah lagilah, tiap2 hari bagi report apa yang dia dah buat. mana tak dia sayang kat diorg2 ni. huhuu.... jadinya andai lah si pakguard ni tertido kat post dia n ada yang report, dah tentu dia akan kata, "ish! manada, dia tu rajin je keje". tapi, buatnya satu malam, letrik takde, gelap je rumah, mesti tanpa lengah2 lagi, dia angkat telefon n telefon pakcik ni lalu berkata, " woi! ni apa gelap ni? Tido ke?!"

Sekian sajalah ceramah saya pada malam ni mengenai manusia. huehuehuehuehue....

No comments: