Friday, November 14, 2008

Kesedihan Melanda Jiwa

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Setiap manusia pasti akan berpisah. Tidak ada satupun yang akan kekal. tapi, perpisahan yang satu ini sungguh meruntun jiwa. Perpisahan adik-kakak. Si kakak akan meninggalkan adik untuk mengejar impian di tempat lain. tapi, ni bkn adik beradik betolpun. bagi seorang manusia yang tak pernah merasai kasih sayang seorang kakak mahupun abang, aku merasakan cukup gembira kerana akaklah satu-satunya manusia yang telah berikan aku sekelumit perasaan mempunyai seorang kakak. Sungguh berat rasanya hati ini untuk berpisah dengan akak. Masih banyak lagi yang aku ingin pelajari dari akak. Masih banyak lagi salah silap yang memerlukan teguran akak. masih banyak lagi loyar buruk yang belum digunakan ke atas akak. Belum puas hati ini bermanja-manja tapi akak sudahpun ingin meninggalkan kami. Erm, walauapapun saya tetap akan ingat segala nasihat dan tunjuk ajar akak. terima kasih kerana memberi perasaan mempunyai seorang kakak. Walau di mana akak berada, saya doakan akak sukses selalu hendaknya. Semoga akak akan terus berjaya dan terus berjaya di masa hadapan. Sesungguhnya kesedihan yang melanda di jiwa ini bagaikan kambing yang memikirkan nasibnya menjadi korban di hujung pisau.

Tuesday, November 4, 2008

Coming Soon!!! --Rebellion NewBorn--

Nantikan kelahiran anak jati Malaysia yang bakal menjadi salah seorang daripada white side
' The Rebellions'.


- 23:11:2008 -

Kahwin? Hah! Mcm tak percaya je?!

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Skrg ni ramai dah yang melangsungkan perkahwinan, terutamanya time cuti sekolah kelak. Sesapa yang akan kawin cuti sekolah ni mesti dah mula terasa debarannya. Mesti rasa tak percaya, gemuruh, debar, cemas, takut, gembira, haru, bengong, dan macam2 lagi perasaan menyerbu jiwa dan perasaan si bakal pengantin baru tu.

nape aku citer pasal ni, ni? Sebabnya, aku antara orang2 yang akan melangsungkan perkahwinan ujung tahun ni!!! waaa!!! macam tak percaya je... huhu... debornya!!! jangan berpeluh satu baldi dpn to kadi dah... hahaha... mengong2...

apapun, sesapa yang baca blog ni, tolonglah doakan semoga saya bahagia ngan bakal isteri saya tu sampai akhir hayat... haha... sempat lagi tu..

kaylah... chiow cin chow dulu..
huhuhuhuhuhuhuhu....

Sunday, September 14, 2008

Ketawalah.... Ketawalah Dunia!!!!

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Inilah clip video yg membuatku ketawa sehingga mengalirkan airmata.... huhu...

Human tetris-The GrandMaster
(citer bolos tu tiru ni kot... hehe...)



Real Human Tetris
(Yang ni tak lawak, tapi creative...hehe...)

Wednesday, August 6, 2008

Me n Photoshop

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Kerja banyak lagi ni, kertaspun ada yang tak tanda lagi, buku plak dah bersusun kat atas meja. laman web sekolah dah berapa hari dah terbengkalai sementara. tapi, rasa malaaaassss sangat... dalam malas2 tu, tangan dok menggatal buka photoshop plak. maka terhasilah 2 karya mengada2ku seperti yang dapat dilihat di bawah.... hehe...


Gambar sorang mamat yang di 'singakan'.. huahuahahua....


live your life to the fullest!!!!! yeah!!!! huhu!!!! haha!!!! hehe!!!

Saturday, July 26, 2008

Keajaiban Dunia Digital

1. Da' Vinci



2. Mahu kelihatan ramping dan menawan?



3. Be Inspired...



4. Kecantikan sebenar milik setiap insan

Wednesday, April 30, 2008

Pakcik Kayo!

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Pengumuman dari PETRONAS MAS. TAHNIAH! SimCard anda bertuah memenangi undian wang RM14,000. Sila hubungi telefon 006285880214502. Terima Kasih.

Wah! Kayo pakcik! Kayo! Kayo!
"erm, nanti bila dah dapat duit tu, I nak bagi kat mak I 5 ribu, byr utang, bagi kat lover I dalam 2 ribu,meessstiiii dia sayang sangat kat I nanti.. horey! horey! pastu yang lebih tu nak labur kat unit trust..."

Iyolah tu.. baikkkklah sangat... sayaannnggglah sangat... apolah... sape2 yang penah dapat sms mcm ni... tolonglah delete tros... jgnlah dok gatal nak call no yg dibagi tu...
kang dgrlah pak indon mana ntah jawab call tu... huhu... adalah member terdekat dah kena ni... siap semangat tu kejut org yg tgh sedap belayar di alam mimpi ni n ajak p atm utk troskan instruction dpd pak indon tu... adoila... ingatkan dia mmg dpt panggilan, pastu lepas dah try n dah tau tipu, barulah dia tunjuk sms tu.. ambopun apa lagi, ketawa lah terbahak2 dengan perasaan yg tak tau nak pelangkung dia ke atau nak kesian kat dia... adehlah... kalaulah benda ni betul, skrg ni dah jadi org kaya dah.. kalau dok kira2 rasa2nya dah ada dalam 48 ribu kot... huhuhu..... mcmanalah leh terpedaya. pastu tak ngaku plak tu... nak kena sekeh ni... ish...

adeh... adeh... adeh.. mengong tol rasa...

Wednesday, April 2, 2008

ntah apa-apa

Ntah nape ari ni tetiba je rasa nak dengar lagu2 melayu klasik.... hehe... maka inilah antara video klip yang didengari pada hari ini... huahuahua..... layan je...

1. lenggang kangkong



2. Ketipang payung



3. Malam Bulan Dipagar Bintang



Ada lagi... tapi takmolah masuk bebanyak... hehe... cukuplah asal blog ni ada gak updatenya... heheh...

Tuesday, April 1, 2008

*** Manusia Oh Manusia ***

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

hari ni terasa lapang berbanding hari-hari sebelum ni. tapi, bulan lepas adalah bulan yang memberi seribu satu perasaan. tekanan jiwa, gembira, sedih, marah, bengong, bengang, blur, sangap, dan macam-macam perasaan dapat dirasa sepanjang bulan mac ni. entah kenapa banyak plak drama sadis, aksi yang mendebarkan dan cerita yang membengangkan berlaku di sekeliling aku. kadang-kadang rasa macam orang gila pun ada jugak. mana taknya, kadang-kadang marah, kadang-kadang sedih, kadang-kadang hepi, kadang-kdang bengong.. tak ke gila namanya tu.. huhuhu....

kalau dah namanya manusia memang macam-macam ragam kita bleh tengok. cukuplah sebulan, kita dah boleh tau orgnya macamana. ada yang lucu, ada yang serius bangat, ada yang menjengkelkan dan kalau nak disebutkan semuanya memang tak mampu. ada sesetengah manusia ni, suka sangat bermuka-muka. eh! masakan tak bermuka-muka? kalau tak bermuka-muka, macamana nak berjaya dalam hidup ni? betul tak? lantak korangla... pandai-pandailah fikir sendiri. nak bermuka-muka suka hati korangla, tapi, jangalah sampai menjatuhkan air muka org lain... janganlah naik ke puncak dengan memijak kepala member kita sendiri. gunalah jejantas yang telah disediakan, tangga ada gunalah. takpun, eskalator n lif pun ada.... gunalah jalan yang betul. jangan lah sebab nak buat shortcut, sanggup runtuhkan rumah orang lain semata-mata nakkan tanah dia tu. apa daa...

ada lagi sejenis manusia yang dah rasa dirinya duduk kat kondominium yang tinggi, dah mula pandang lain kat orang-orang yang dok kat umah-umah teres kat bawah. walhal, diapun dulu pernah gak dok kat situ. dah duduk kat umah mewah tu, mulalah rasa orang-orang yang sederhana ni tak perlu diberi perhatian. kat pak guard, dia baik, kat pembantu rumah, dia baik, kat pengangkut sampah, dia baik... pendek kata kat sape2 yang ada kepentingan pada dia, dia baiklah... padahal orang-orang ni sama jgk tinggal kat rumah teres bawah2 tu dengan yang lain2... dia tak tau, yang pakcik dok kat blakang umah dia tu dok keje kat tenaga nasional, tempat yang bagi rumah dia tenaga untuk terang, budak bujang sebelah umah pakcik tu pulak keje kat bekalan air, tempat yg bekalkan air bersih ke rumah dia. tapi, kenapa tak dilayan baik macam yang lain2 tu? sebabnya mudah aje... yg lain2 tu nampak kejenya di mata dia, tapi, pakcik n budak bujang tu x nampak di matanya masa buat keje. nak2 lagi, lepas buat keje pakcik tu n budak bujang tu tros masuk umah n takde la melaporkan kat dia apa yang diorang buat ari tu. yang pak guard tu tiap2 hari tegur dia time dia kuar umah. pembantu rumah lagilah, tiap2 hari bagi report apa yang dia dah buat. mana tak dia sayang kat diorg2 ni. huhuu.... jadinya andai lah si pakguard ni tertido kat post dia n ada yang report, dah tentu dia akan kata, "ish! manada, dia tu rajin je keje". tapi, buatnya satu malam, letrik takde, gelap je rumah, mesti tanpa lengah2 lagi, dia angkat telefon n telefon pakcik ni lalu berkata, " woi! ni apa gelap ni? Tido ke?!"

Sekian sajalah ceramah saya pada malam ni mengenai manusia. huehuehuehuehue....

Tuesday, March 18, 2008

Malam Yang Panjang

Mata mula merasa mengantuk, kaki pula terasa semakin longlai dan segala sendi sudah mula terasa sengal2. Namun ku tetap gagahkan diri ini supaya kekal dalam keadaan berjaga. Jari jemariku giat menaip dan bekerja dengan gagahnya. Otakku giat dan ligat memikirkan penyelesaian bagi sebarang masalah dalam menyiapkan pekerjaanku ini. Daya kekreatifanku ini ku gunakan 45% bagi memastikan pekerjaan ini menarik dan diterima akal. Bertemankan lagu-lagu mp3 di PC kesayanganku ini, aku giat menyiapkan slide powerpoint bagi Majlis Mesyuarat Agung PIBG sekolah. Esok nak tunjuk kat Big Mama.

Adeh, ni sume pasal mamat shidi pindah sekolah lah ni. Kalau tak mesti dia yang kena buat. huehuehue.. Ni, tak pasal-pasal aku plak yang kena buat. huhu... takpelah, anggaplah amal jariah. Tak taulah esok ni camner. Silap-silap bangun lewat plak nih. hehe... kerja dah selesai, tapi, mata plak takleh nak katup, lelap walaupun dah terasa ngantuk. Ni penangan air Extra power rootlah ni. Uwaaaa!!!!nak tidoooooO!!!

kay... jap... sekor kambing.... dua ekor kambing... tiga ekor kambing... empat ekor kambing... lima ekor kamb.... enam ekor ka.... tujuh ekor... lapan... krooooohhh.... kroohhh..... krooohhh.... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........................

Sunday, March 2, 2008

TENTANG CINTA

Ari ni p klcc tgk wayang cerita TENTANG CINTA. Haha... jgn tak caye... girl punye pasal, belasah jelah... sblm apa2 meh cerita sket sinopsis citer ni.

Alkisahlah seorg gadis yg bernama shereennn.... thoibbb... (eceh... tertiru citer P. Ramlee plak....hehe... ) kekasihnya, ray mati akibat diserang kanser... dah bertunang n dah nak kawen dah...
mana tau blom sempat pakai baju pengantin al-marhumlah si ray ni... si shereen ni punyalah sedih, sampai mengasingkan diri kat satu kawasan... tinggal berdua ngan sepupu dia je... nak dijadikan cerita, berjumpalah pulak dia dgn si van. Ntah mcmana jadi pulak hubungan diorg ni.... lalu berpacaranlah mereka. Baru saja bunga cinta nak mekar, terjumpa plak ray dgn bekas tunangnya dulu. Dulu, tunangnya ini yg bernama audy melarikan diri kununnya bersama seorang lelaki yang jauh lebih baik darinya. Namun rupa-rupanya dia mengidap kanser dan hal ini diketahui oleh Van. Ini menjadikan Van serba salah kerana di kala ini dia telahpun bercinta dengan Shereen. Van mencintai keduanya, namun dia tahu bahawa dia tidak boleh menerima kedua2nya. Cinta ini kekadang tak adil n cinta adalah satu perkara yg sukar untuk dibuat pilihan.

Okey, begitulah serba sedikit sinopsis ceritanya... apapun, cerita ni secara keseluruhannya sangaaaaatlah memboringkan.... tapi, cerita ini buat diri ini terfikir ttg kehidupan kita ini. Bagaimana sekiranya kita tahu org yg kita syg sedang menunggu masa utk meninggalkan kita. Macamana kalau kita tahu org yg kita cinta mengidap penyakit yg tak dapat diubati. Macamana kalau kita dapat tahu bahawa org yang sangat penting kepada kita tidak akan bersama kita lagi. Rasa2nya dapat tak kita menghadapi hari-hari terakhir bersama dia dengan hati yg tabah. Dapat tak kita menerimanya dengan fikiran yang waras. Atau dapat tak kita menjalani hidup kita secara normal.

Beginilah kehidupan, terdapat pelbagai perkara yang di luar jangkaan kita. Seharusnya kita mempersiapkan diri dengan perkara-perkara yang bakal meruntun jiwa, menyentap hati. Kadang-kadang kita dah rasa kita cukup kuat n cukup bersedia, tapi bila betul2 berlaku. segala2nya hancur. Ketabahan yang dilatih selama ini musnah, kekuatan yg dibanggakan dulu hilang entah ke mana...

Aiseh... maafkan hamba sekiranya hamba agak emosional... hehe... tapi, inilah hakikat kehidupan sebenar...

...CINTA ITU TIDAK BUTA, TETAPI IA MEMAHAMI...

Lamanya tak update blog!!!

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Aduhai, sudah lebih sepurnama lamanya hamba tidak mengemaskini blog hamba ini. Bukannya apa, cuma hamba pergi berkelana mencari tok guru bagi menambah ilmu di dada. Setelah meredah onak duri, akhirnya tamatlah sudah perguruan hamba dan hamba telah pulang dgn kesaktian dan ilmu yg mantap.

Setibanya hamba di teratak hamba, hamba gagal utk log in blog hamba kerana encik google kata email hamba tak wujud... berbekalkan dengan kesaktian yg hamba pelajari, setelah beberapa minggu, dapat juga hamba membuka blog hamba dan malam ini hamba bercadang untuk meng update blog hamba ini....

maka inilah madah pertama hamba pada tahun baru ini...

semoga tahun ini merupakan tahun yg cemerlang buat hamba...

adios...