Sunday, March 2, 2008

Lamanya tak update blog!!!

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Aduhai, sudah lebih sepurnama lamanya hamba tidak mengemaskini blog hamba ini. Bukannya apa, cuma hamba pergi berkelana mencari tok guru bagi menambah ilmu di dada. Setelah meredah onak duri, akhirnya tamatlah sudah perguruan hamba dan hamba telah pulang dgn kesaktian dan ilmu yg mantap.

Setibanya hamba di teratak hamba, hamba gagal utk log in blog hamba kerana encik google kata email hamba tak wujud... berbekalkan dengan kesaktian yg hamba pelajari, setelah beberapa minggu, dapat juga hamba membuka blog hamba dan malam ini hamba bercadang untuk meng update blog hamba ini....

maka inilah madah pertama hamba pada tahun baru ini...

semoga tahun ini merupakan tahun yg cemerlang buat hamba...

adios...

No comments: