Assalamualaikum dan salam perpaduan,
Pertama-tamanya SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada sahabat-sahabat muslim sekalian. Semoga sambutan aidilfitri ini tidaklah sampai mengurangkan pahala puasa kita di bulan Ramadhan yang lalu ye...
Kita selalu aje diserang dengan macam-macam penyakit kan? dan tiap kali kita diserang, tiap kali itulah kita selalu je mengeluh. Mana ada sakit yang selesa, tak kira apapun jenis penyakit tu, mesti sedikit sebanyak mengganggu aktiviti harian kita. Selanjutnya kita yang rasa terganggu ni mulalah membebel tak tentu pasal marahkan sakit tu pulak. Soalan yang kawan2 masa sekolah dulu slalu tanya, marah pada sapa tu sebenarnya?! katakan selesema, marah pada hingus? pada idung? nak marah benda tu buat apa, bukannya dia tau apa2.. kalau kita tanam pokok, ada pulak tangan yang menggatal patahkan ranting pokok kita tu, marahlah pada org yang patahkan tu... so, kalau dapat sakit tu, marahla pada yang memberi sakit tu. Sapa pulak yang beri sakit tu? Berani ko nak marah?! Ha! fikirkanlah sendiri yo...
Selalu omak posan, slalu ayah posan, selalu ustad posan, selalu kawan2 posan, bila kita di timpa sakit tu, janganlah cepat melatah... sabar dan tabahlah hadapinya... Semua tu adalah ketentuan dari Allah kepada kita, umatnya... DIA nak tengok macamana kita hadapinya... Ujian tuhan ni ada dua, satu masa sihat, satu lagi masa sakit... Adalah hikmahnya tu disebalik apa yang berlaku... Allah tukan Maha Mengetahui... Dia lagi tau apa yg baik untuk kita..
Bagi tujuan renungan di sini saya copy-n-pastekan ((copy n paste jelah yo.. den ni bukan pandaipun ngan ilmu agama ni)) dalil-dalil yang membicarakan soal hikmah di sebalik dugaan tuhan ni:
Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abdullah bin Mas'ud berkata, Rasulullah bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpa sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)
Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi berkata, bahawa kedua-duanya masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu pagi ini?" Dia menjawab: "Aku berada dalam keadaan baik." Syaddad berkata kepadanya: "Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “Apabila Aku menguji seseorang daripada hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya dia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa dia dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala kesalahan', dan Allah berfirman kepada malaikat penulis amal orang itu: “Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) ketika dia berkeadaan sihat." (Imam Ahmad)
Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Jangan sekali-kali seseorang kamu bercita-cita hendakkan mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah dia memohon dengan berkata: 'Ya Tuhanku, hidupkan aku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sahabat-sahabat, rakan-rakan, dan kekasih-kekasih hatiku sekalian, hadapilah kesakitan yang menimpa kita dengan penuh sabar. Kita diberikan sakit bukan kerana dibenci Allah, tetapi kerana kita disayangiNya. Lagi besar sakit tu, lagi sayang DIA pada kita. Mana taknya, DIA nak bagi kita peluang kurangkan dosa. Pada saya, orang-orang yang tak pernah sakitlah yang patut risau sebenarnya. Tau kan kenapa saya berkata begitu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment